Pages

Tuesday, March 18, 2014

Nephrotic Syndrome

Alhamdulillah..Dalam kesibukan tugas seharian, saya masih berkesempatan menulis sepatah dua kata di sini untuk sama-sama mendapat menafaat dan mempelajari sesuatu yang baru.

Baru-baru ini saya telah diajukan satu persoalan yang agak menarik dari customer saya tentang penyakit "Nephrotic Syndrome".  

Mungkin ramai antara kita tak berapa nak pasti tentang penyakit ini kan..so..ayuh..kita sama-sama membaca tentang penyakit ini. Saya telah ambik informasi ini dari blog Dr Azwan sebagai panduan dan makluman kita.



Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PENYEBAB
Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGY

Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

GEJALA
Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

DIAGNOSIS
1.                 Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
2.                 Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.
3.                 Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu.
4.               Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis       nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome"boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.
KOMPLIKASI
1.                 Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
2.                 Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
3.                 Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
4.                 Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
5.                 Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
6.                 Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.
PERAWATAN
·                     Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
·                     Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
·                     Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
·                     Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
·                     DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.


Credit kepada : http://drazwan.blogspot.com

Setelah mendapat pencerahan tentang apakah penyakit ni, saya telah menghubungi Pakar Pemakanan dan Nutirisi Shaklee untuk bertanyakan tentang penyakit tersebut dan apakah supplement yang boleh diberikan kepada pesakit yang menghidapi penyakit tersebut:


Berikut adalah supplement Shaklee yang boleh diambil oleh pesakit nephrotic syndrome ini :

Vivix, Omega Guard, CoQHealth dan Vita E complex. Untuk cara pengambilan yang betul, hubungilah saya di talian 0134323244..



Sunday, March 16, 2014

Keistimewaan ESP ..dan harga promosi potongan 30% untuk March 2014


Antara keistimewaan ESP yang sudah terkenal .. dan ketahui lah .. bulan ni bulan promosi ESP .. diskaun sehingga 30% .. untuk bulan MARCH sahaja !! .. cepat .. sebelum terlambat .. 

Limited Stock Available !! 


Call/SMS/Whatsapp ke 0134323244 untuk keterangan lanjut .. atau kunjungi Kedai Emas Raya, Pendang (Bangunan Beringin - berdekatan stesen Petronas)

Saturday, March 15, 2014

Power Pumping

Power Pumping:

Power pumping meningkatkan bekalan susu ibu

Ingin tahu apakah itu power pumping ? Bagaimanakah ia berbeza dengan cara-cara pumping yang lain? Baca artikel ini untuk mempelajari tips-tips untuk memperbanyakkan susu badan.
Dewasa kini, keadaan sudah berubah. Para ibu moden kini turut sibuk bekerja mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun begitu, bekerja bukanlah alasan untuk tidak menyusukan bayi anda. Bagi para ibu yang kekurangan susu badan, terdapat teknik yang mungkin boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik power pumping kini semakin sinonim dengan dunia ibu dan anak.
Apakah itu power pumping?
Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi anda semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Bagaimanakah teknik ini berkesan?
Power pumping ini tidak akan membantu untuk meningkatkan susu ibu jika penggunaannya terlalu kerap. Sebenarnya, teknik ini sangat sesuai jika digilir-gilirkan ketika menyusukan bayi. Ini kerana apabila payudara ibu dihisap dan bekalan susu ibu semakin berkurang maka tubuh akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan lebih cepat.
Terdapat 2 jenis pam susu yang terkenal dikalangan ibu kini serta saranan penggunaanya:
Jika anda menggunakan Pam susu tunggal: Pam payudara kanan selama 10 minit kemudian tukar pam payudara sebelah kiri pula selama 10 minit dan bertukar semula ke payudara kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua payudara selama 1jam.
Jika anda menggunakan Pam susu dwi: Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian berhenti mengepam selama 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit dan rehat semula 10 minit. Teruskan sehingga 1 jam.



Anda boleh memilih 1 jam masa senggang anda pagi dan malam untuk mengepam susu berpandukan saranan berikut:
Pam untuk 20 minit; rehat 10 minit
Kemudian pam lagi 10 minit; rehat untuk 10 minit
Terakhir kalinya, pam sekali lagi untuk 10 minit
Cara ini memerlukan lebih kurang 40 minit untuk mengepam susu.
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Pelbagai cara boleh diikuti tetapi terpulang kepada masa dan keselesaan para ibu.Ada antara kita yang merasakan cukup 2 kali sehari dan ada pula yang berpendapat 3 kali sekali.Untuk mendapatkan kesan peningkatan susu yang baik, bolehlah diamalkan lebih pada 7 hari.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?


Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

PANDUAN ATASI SUSU KURANG.

PANDUAN ATASI SUSU KURANG.


 Diawal kelahiran,sering kali kedengaran keluhan si ibu menyatakan susunya kurang lantaran kekurangan ilmu penyusuan susu ibu.Demikian antara keluhan yang biasa kedengaran daripada mulut para ibu yang baru melahirkan bayi.Malang sungguh jika anda turut bersikap sedemikian rupa! Tahukah anda situasi sebegini merupakan satu kesilapan paling besar yang dilakukan oleh si ibu.Hal ini berlaku akibat daripada kegagalan si ibu yang tidak menuntut ilmu penyusuan susu ibu sepanjang tempoh kehamilannya.Lantaran kekurangan ilmu,beginilah jadinya.

Terdapat juga segelintir ibu menganggap cuma ibu yang bertuah sahaja mampu menyusukan bayinya kerana beranggapan diri tiada bekalan susu.Semuanya kerana selepas melahirkan,dia membuat andaian tidak bijak itu setelah tiada susu yang mengalir keluar dari puting.Apabila bayi menangis,dia menganggap bayi sangat kelaparan dan diri tidak mampu memberikan susu ibu yang secukupnya.

Anda perlu tahu dan sentiasa beringat selalu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah proses semula jadi yang mudah dikendalinya. Sebalik, ia memerlukan anda untuk berterusan belajar dan mempraktikkan amalan-amalan yang diyakini dapat merangsang, menambah dan meningkatkan penghasilan susu ibu agar berupaya memenuhi keperluan bayi yang baharu sahaja anda lahirkan.

Memandangkan ilmu penyusuan susu ibu sangat penting, maka anda perlu menjadi seorang yang lebih rajin dalam mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan terutamanya yang membabitkan soal penyusuan bayi sejurus selepas dia di lahirkan.

Sementara itu, penyusuan bayi pada awal kelahirannya iaitu dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran adalah sangat penting!!! Anda mungkin beranggapan bahawa diri tidak memiliki susu lantaran tiada susu yang berupa cecair putih keluar. Ketahuilah bahawa susu awal atau turut dikenali sebagai kolostrum yang keluar itu adalah susu!!! Ia merupakan susu yang sangat berkhasiat dan penting demi membina antibodi si manja.
      
Tidak perlu khuatir dengan andaian sesetengah pihak bahawa anda tiada susu! Ia bohong semata-mata. Apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan ialah kerapkan sesi penyusuan bayi. Ia penting untuk merangsang tubuh menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi. Banyak atau tidak susu ibu banyak mempengaruhi oleh keperluan bayi. Apabila kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan bayi ataupun mengepam, anda sebenarnya membantu diri menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Pada masa yang sama anda turut digalakkan untuk mengamalkan petua dalam membantu tubuh menambah penghasilan susu seperti mengambil makanan atau minuman yang di yakini ramai. Namun ada baiknya jika anda mula mengamalkan sejak hamil lagi. Biar pun begitu, harus diingatkan bahawa bukan makanan atau minuman ini yang menjadi pendorong utama susu yang banyak. Sebaliknya kekerapan anda mengosongkan payu dara itulah kunci utamanya. Oleh sebab itulah tiada gunanya anda makan atau minum pelbagai jenis bahan yang dikatakan dapat menjadi pengalakkan penghasilan susu, berurut, mengambil suplemen tambahan dan sebagainya tetapi tidak menyusukan bayi dan mengosongkan payu dara.Supplemen hanyalah menolong,bukan penyebab jumlah kuantiti susu.

Bagi mengatasi masalah yang kononnya susu ibu kurang caranya sungguh mudah. Apa ayang perlu dilakukan ialah anda perlu terus mengalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah!!! Bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan ataupun posisi penyusuan yang diamalkan tidak betul.

Ingat selalu!!! Bayi yang baru dilahirkan perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24jam. Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui bahawa kebanyakkan bayi akan menyusu lebih daripada jumlah itu.Apa-apa pun,semakin kerap bayi menyusu,maka semakin mudah payu dara kosong.Dengan demikian juga, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan cara mengosongkan payu dara ini dengan kerap.


Dalam pada itu,kebanyakan bayi akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit bagi setiap sesi penyusuan.Anda diingat agar membiarkan sahaja bayi mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepas puting susu apabila benar-benar bersedia dan puas menyusu.



Wednesday, March 12, 2014

PRAY4MH370


PRAY FOR THE BEST..MH370




PRAY FOR THE BEST..ONLY ALMIGHTY KNOWS WHAT IS GOING ON..




Thursday, March 6, 2014

DETAILS about ESP

SOY PROTEIN ISOLATE POWDER(ESP)



Apakah Dia Kacang Soya:

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan.
(credit : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kacang_soya)

PERBEZAAN PRODUK SOY PROTEIN SHAKLEE
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, persaingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing soy protein ini di iktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “(non-Geneticalli Modified Organism)yang mana ia di proses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850g(satu tin energizing soy protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing soy protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur-tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

INDEKS GLISEMIK RENDAH
Food                                        GI                serving size
Peanuts                                    14               113g
Bean sprouts                            25               1 cup (104g)
Grapefruit                                 25               1/2 large (166g)
Low fat yogurt                         33               1cup (245g)
Apples                                      38               medium (138g)
...........................>.............................................................>Energizing Soy Protein*
Spaghetti                                  42               1cup(140g)
Carrots                                     47             1 large(72g)
Oranges                                    48             1medium(131g)
Bananas                                    52             1 large (136g)
Snickers bar                              55             113g
Brown rice                                 55              1cup (195g)
Honey                                       55             1tb sp(21g)
Ostmeal                                    58              1cup(234g)
Ice cream                                  61             1cup(72g)
Macaroni and cheese                  64              1serving(166g)
Raisins                                       64             1small box(43g)
White rice                                  64              1cup(186g)
Sugar (sucrose)                         68              1tb sp(12g)
White bread                               70              1slice(30g)
Watermelon                               72              1cup(154g)
Popcorn                                     72              2cups(16g)
Baked potato                             85             1medium(173g)

* Energizing Soy Protein Shaklee mempunyai GI 39

Note
GI Tinggi :(70 ke atas)
GI Sederhana (56 ke 69)
GI Rendah (55 dan ke bawah)



Tahukah Anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. 

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecah gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam system badan anda. 

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavaon yang bermanfaat,malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. 

Energizing soy protein di cuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

MANFAAT UTAMA:
  • Awet muda-Asid amino penting untuk membina otot,kuku,rambut,darah,organ,kulit,gland dan lain-lain.Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat- genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA   kepada sel kanser.Ia juga sangat baik dalam pemulihan  uterus,ovari,menopause   dan pembesaran prostate.
  • remaja- merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan,agen anti-penuan,mengambil radian kulit dan kepejalan otot,percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan system imun,maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi-membaiki masaalah rambut seperti beruban dan rambut gugur,membaiki masalah pigmentasi,kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori—meningkatkan kualiti memori,vitality,dorongan seksual dan rangsangan.

KEPENTINGAN PROTIN

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. 

Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam  sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormone, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian

APA ITU ASID AMINO?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali identity preserved program (IPP) .Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.


Sunday, March 2, 2014

Elakkan Faraj Berbau

                                                                
ALAMAK FARAJ BERBAU

Masalah berkaitan alat sulit adalah sesuatu yang memalukan dan tidak perlu diceritakan kepada orang lain termasuklah doctor.

Begitu luahan yang sering diutarakan oleh kebanyakan wanita apabila menyentuh isu berkaitan jangkitan di faraj. Sudahnya kebanyakan daripada golongan ini hanya berdiam diri dengan menyembunyikan masalah yang dihadapi. Sepatutnya kekangan seumpama itu perlu diruntuhkan agar rawatan yang di secara tidak langsung dapat menghindarkan masalah yang lebih teruk daripada berleluasa.

Kebanyakan wanita tidak mengambil peduli apabila diri mengalami masalah di faraj. Rata-rata beranggapan keadaan itu berlaku tas factor usia, tekanan dan lain-lain sehingga melebelkannya sebagai masalah biasa biarpun kadang kala ia menimbulkan ketidakselesaan dan kelancaran aktiviti harian. 

Ketahuilah alat sulit yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual. 

Perlu anda tahu bahawa jangkitan pada faraj boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan latar belakang hidup. Ia boleh menjadi kepada diri anda yang sudah mendirikan rumah tangga mahupun golongan remaja. 

Jadi luaskan pengetahuan dengan punca gejala masalah itu berlaku dan dapatkan rawatan bersesuaian daripda doctor pakar yang lebih berpengalaman. 

Beringatlah! Kebersihan faraj perlu dititikberatkan. Pengabaiannya boleh menyebabkan anda mengalami jangkitan kuman. Antara langkah untuk mengelak daripada menghadapi jangkitan ialah memastikan kebersihannya dan faraj kekal kering sentiasa.

KEPUTIHAN
Keputihan adalah normal berlaku kepada kebanyakan golongan wanita. Yang membezakannya ialah sama ada masalah itu serius atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sememangnya sangat sensitive kepada perubahan persekitaran terutamanya tahap keasidan dan kealkalian.

Oleh yang demikian, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bacteria, virus dan kulat; penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan memyebabkan ketidakselesaan, gatal atau menggeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau. 

Bagi mengenalpasti keputihan tidak normal, serta berbau biasanya lendir yang keluar adalah putih pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk dan sertai dengan rasa gatal di sekeliling faraj. 

Untuk makluman keputihan yang disebabkan jangkitan bacteria pula biasanya berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu, bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.


TIP ELAK JANGKITAN

1-Pastikan kemaluan ssentisa berada dalam keadaan yang kering.

2-Hindari penggunaan sabun atau gel pembersih yang mengandungi banyak bahan kimai pada alat kelamin kerana ia boleh menyebabkan rasa pedih, kering dan gatal. Sementara itu ada sesetengah wanita sensitive dan alah kepada pewangi dalam buih sabun.

3-Elakkan kekerapan melakukan douche iaitu memasukkan jari atau memancutkan cecair ke dalam faraj yang bertujuan membersihkan bahagian dalam faraj.

4-Sekiranya boleh tukar tuala wanita sekerap meungkin terutamanya pada hari darah haid keluar dalam jumlah yang banyak. Jika menggunakan tampon pula, elakkan jenis tampon yang mengandungi bahan pewangi.

5-Gunakan pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan diperbuat daripada kapas. Tukar penggunaannya dengan lebih kerap pada hari lendir banyak dikeluarkan. Sebaik-baiknya pakai pelapik seluar dalam supaya lendir berkenaan tidak melekat pada pakaian dalam sehingga menyebakan ketidakselesaan.

6-Jauhi amalan pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat kerana ia akan menambahkan lagi masalah. Fabrik jenis ini akn menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara yang akhirnya menggalakan kuman membiak.

7-Anda dan suami sangat digalakkan untuk membersihkan alat kelamin dengan menggunakan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bagi memastikan tahap kebersihan yang optimum.


RAWATAN

Sekiranya anda mengesyaki diri mengalami jangkitan faraj, segera berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut. Anda perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear. Ia bagi memastikan kadar PH di vagina tidak melebihi empat bagi mengelakkan pertumbuhan bacteria aktif. 

Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elakkan diri daripada melakukan hubungan intim apatah lagi jika anda belum pulih sepenuhnya. Jika perlu gunakan kondom ketika berasmara. 

Sementara itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan jenis makanan yang mengandungi kultur hidup setiap hari dalam tempoh enam bulan berupaya membantu anda untuk tidak lagi mengalami jangkitan yang sama.


PANDUAN PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA HAMIL

Jaga pemakanan..jaga pemakanan..itulah yang selalu ditekankan semasa hamil. Kenapa? Kerana apa yang kita ambik akan memberi kesan, bukan sahaja kepada diri kita, tetapi anak yang dikandung. Ayuh..kita tengok apa makanan yang perlu diambil dan perlu dielakkan ketika hamil.

PANDUAN MAKANAN SEIMBANG

Amalan pemakanan yang sihat semasa hamil sangat penting berikutan bayi dalam kandungan bergantung harap kepada anda. Di sini saya sertakan panduan ringkas pemakanan untuk anda ikuti.

Seringkali ibu hamil disarankan untuk mengutamakan pemakanan sihat dan seimbang agar kesihatan bayi dan dirinya sendiri kekal di tahap yang paling optimum sepanjang tempoh kehamilan.

Oleh sebab itulah menu makanan seharian anda seharusnya mengandungi zat pemakanan seimbang seperti karbohidrat, protein, kalsium, zat besi, asid folik, beta karotena, asid lemak omega-3, vitamin A, B kompleks dan C.

Sepanjang hamil bisakan diri anda dengan mengambil produk tenusu seperti susu, keju, dan dadih kerana di dalamnya terkandung kalsium, vitamin A dan protein. Selain daripada susu lembu anda boleh mengubah selera dengan mengambil susu kambing yang segar tetapi pastikan ia dipasteur terlebih dahulu. Jika tidak anda boleh memcuba susu kambing dalam bentuk serbuk.

Produk kacang soya seperti air soya, tempe, tauhu juga kaya dengan kalsium dan mengandungi zat besi. Kekacang kering pula bagus diambil sebagai kudapan. Contohnya badam, pistachio, walnut kerana ia mengandungi kalsium, zat besi dan folat.

Anda disarankan mengambil sumber protein yang terdiri daripada daging ayam atau lembu tanpa lemak kerana ia kaya dengan zat besi dan vitamin B kompleks. Begitu juga dengan ikan dan telur yang juga mengandungi banyak protein. Seimbangkan menu makanan anda dengan mengambil sayur-sayuran terutamanya yang berdaun hijau gelap seperti sawi, bayam, kailan dan brokoli juga. Sayur sebegini penuh dengan khasiat zat besi, vitamin B kompleks dan beta karotena. Sama juga halnya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni seperti jambu, betik, kiwi, limau, tomato dan lobak merah yang tinggi kandungan vitamin C dan beta-karotena.

Bagi mendapatkan omega-3,amalkan pengambilan ikan salmon dan jenis ikan berminyak yang lainnya. Selain itu, minyak biji rami(flaxseed oil)juga dipercayai mengandungi sumber omega-3 yang baik untuk perkembagan otak si manja di dalam kandungan. Dalam pada itu kurangkan pengambilan manisan seperti gula-gula, biskut, kuih muih, coklat dan minuman manis. Ini kerana kandungan zat permakanan di dalamnya adalah sedikit ataupun langsung tiada. Ia perlu dihindari kerana anda mudah mengambilnya secara berlebihan kerana ia tidak mengenyangkan. Sehubungan itu, hadkan juga makanan ringan, makanan segera dan makanan yang mengandungi perwarna, perasa serta bahan pengawet.

Saya syorkan pengambilan makanan tambahan untuk menampung apa-apa gizi makanan yang terkurang dalam pengambilan menu harian anda.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Majoriti makanan boleh diambil namun ada baiknya kesederhanaan dititikberatkan. Hal ini kerana cara dan kuantiti pengambilan tertentu yang menentukan sama ada ia memberi manfaat atau membawa mudarat.

-susu dan produk tenusu yang tidak dipasteur termasuklah keju biru kerana dibimbangi boleh menyebabkan keracunan makanan dan keguguran.

-mkanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya seperti telur, daging dan ikan kerana keracunan makanan.

-Ikan bersaiz besar seperti yu kerana boleh menjejaskan tumbesaran otak dan sistem saraf bayi dan ianya kandungan merkuri yang tinggi.

-Minuman beralkohol kerana boleh mengganggu perkembangan janin dengan menyekat oksigen dan nutrien.

-Minuman berkafein yang diambil melebihi 200mg dikaitkan dengan keguguran. Malah anda akan mengalami anemia perlu berwaspada kerana ia menghalang penyerapan zat besi.

-Hati yang diambil secara berlebihan boleh mengakibatkan kecacatan bayi akibat kandungan vitamin A yang tinggi.